NORMAN Hakim. FOTO Arkib NSTP
NORMAN Hakim. FOTO Arkib NSTP
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Walaupun Instagram miliknya bertalu-talu 'diserang' netizen, pelakon, Norman Hakim tetap mengambil pendirian mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi yang melanda anaknya, Marissa Dania Hakim, 18, yang didakwa mengganggu rumah tangga orang lain hingga bercerai.

Norman dilihat lebih selesa memuat naik hantaran zikir harian di Instagram Story untuk tatapan peminat dan netizen.

Cubaan Harian Metro menghubunginya bagi mendapatkan maklum balas dan kenyataan sejak semalam juga tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan dan membalas mesej WhatsApp.

Sementara itu, Marissa menerusi Instagram, hari ini mengaku dia bersalah dalam perkara itu.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak semua cerita yang didedahkan wanita itu adalah tepat dan kenyataan yang diberikan bukan untuk memuaskan hati semua pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 4:14 PM