The 1975 membatalkan konsert mereka di Indonesia dan Taiwan. FOTO REUTERS
The 1975 membatalkan konsert mereka di Indonesia dan Taiwan. FOTO REUTERS

Kuala Lumpur: The 1975 membatalkan konsert mereka di Indonesia dan Taiwan selepas disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia berikutan aksi kurang ajar dan biadap penyanyinya, Matty Healy ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival (GVF) 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, malam kelmarin.

The 1975 sepatutnya mengadakan persembahan di acara We The Fest di Jakarta, Indonesia malam ini sebelum ke Taipei, Taiwan.

"Kami tidak mahu membatalkan persembahan ini sewenang-wenangnya dan kami memang ingin bermain di Jakarta dan Taipei, malangnya disebabkan dengan situasi sekarang, adalah mustahil untuk kami meneruskannya," katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, ketika membuat persembahan di GVF, Healy mencetus kontroversi apabila memperlekehkan undang-undang Malaysia terhadap LGBT selain mencium mulut pemain bassnya, meminum arak di atas pentas, meludah dan memusnahkan drone milik penganjur.

Susulan itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil semalam mengumumkan pembatalan GVF yang sepatutnya berlangsung hingga hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2023 @ 1:46 PM