PUTERI Sarah bersama ibunya (kiri), ibu mertuanya (dua, kanan), dan bapa mertuanya yang turut hadir ketika Majlis Pra Pelancaran Buku Puteri Sarah  " Terus Melangkah ". FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PUTERI Sarah bersama ibunya (kiri), ibu mertuanya (dua, kanan), dan bapa mertuanya yang turut hadir ketika Majlis Pra Pelancaran Buku Puteri Sarah " Terus Melangkah ". FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Zaara Talita


Kuala Lumpur : "Kami nak jadi kawan baik saja. Insya-Allah takkan ada 'plot twist' lagi. Kami memang capai kata sepakat hendak akhiri kemelut ini secara baik," kata pelakon, Puteri Sarah mengenai kemelut rumah tangganya dengan pengarah, Syamsul Yusof.

Sarah berkata, mereka sepakat hendak mengakhiri masalah rumah tangga secara baik demi dua anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

"Saya sendiri tidak menyangka ada 'plot twist' dalam kehidupan saya apabila Syamsul hendak berbaik baru-baru ini.

"Kalau boleh hendak kekal begitu kerana kita tidak mahu bergaduh. Kami sudah membuat keputusan hendak berbaik demi anak-anak," katanya.

Sementara itu, Sarah yang melancarkan buku Puteri Sarah : Terus Melangkah di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini baru-baru ini berkata, buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini bakal mendedahkan kisah peribadinya yang belum dikongsikan kepada umum.

"Saya ada maklumkan kepada Syamsul mengenai pelancaran buku ini, tetapi saya beritahu dia ia bukan mengenai kehidupan kami sebaliknya perjalanan hidup saya. Ada juga diselitkan mengenai Syamsul, namun semua yang baik-baik saja.

"Ini mungkin satu kelebihan yang Allah berikan kepada saya yang mana mendapat keluarga dan mentua yang sangat baik. Saya gembira kerana biarpun Allah ambil satu bahagian tetapi Dia beri yang lain pula sebagai ganti. Jadi, saya tidak terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana Allah menggantikan dengan sesuatu yang berharga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 1:06 PM