Ras Adiba bersama Zalina.
Ras Adiba bersama Zalina.

Kuala Lumpur : Personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi memuat naik hantaran di media sosial berupa harapan agar sahabatnya yang juga bekas pengacara TV3, Zalina Azman yang hilang lebih setahun lalu segera pulang.

Dalam hantaran di TikTok itu, Ras Adiba memuat naik rasa rindu dan harapannya yang turut disertakan dengan gambar Zalina.

"Hai Zal. Zal kat mana? Raya tak lama lagi. Pulanglah. Kami rindu," tulisnya.

Terdahulu, pemilik nama sebenar Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021, apabila anak lelakinya, Mikhael Norman, 34, membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya pada 29 November tahun lalu.

Zalina dilaporkan hilang selepas Mikhael gagal menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, bagaimana Ras Adiba terus bersikap optimis dan yakin bahawa Zalina akan pulang ke pangkuan keluarganya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2023 @ 6:31 PM