Alicia dan suami
Alicia dan suami
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Alicia Amin, 28, mengesahkan sudah bercerai secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci punca perceraian dengan Farzan Iqbal, 29, semalam.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin reda dengan ketentuan itu dan memaklumkan dia berada dalam keadaan baik.

"Saya baik-baik saja. Kami masih berkawan baik. Tak ada drama," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pelakon filem The Disappearance of Irdina Adhwa itu mencetuskan spekulasi ramai sama ada dia sudah bercerai dengan suaminya Farzan menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam video terbabit, Alicia memakai jubah dan tudung berwarna hitam. Sambil dipayungi seorang lelaki, dia kelihatan beredar dari sebuah bangunan seakan-akan mahkamah.

Alicia dan Farzan bernikah pada 14 Februari 2021 dalam majlis yang berlangsung ringkas. Pasangan terbabit tidak dikurniakan cahaya mata.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2023 @ 4:48 PM