Siti bersama suami dan anaknya
Siti bersama suami dan anaknya
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Anak sulung kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid mencuri perhatian apabila berjaya menghafal lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa yang dipersembahkan Siti pada konsert konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023, Sabtu lalu.

Menerusi video yang dimuat naik Siti di Instagram Story, Siti Aafiyah secara spontan menyanyikan lagu ciptaan pemuzik legenda dari India, AR Rahman itu.

Anak perempuan Siti, Aafiyah turut menyanyikan lagu Tamil
Anak perempuan Siti, Aafiyah turut menyanyikan lagu Tamil

"Aafiyah pun dah hafal," tulis Siti. Lebih menarik video terbabit turut dikongsikan AR Rahman di Instagram Story miliknya.

"Siti mengajar lagu Tamil Munbe Va kepada pewarisnya," tulisnya. Video nyanyian Aafiyah itu turut dikongsikan beberapa pemilik akaun di TikTok sehingga meraih pelbagai pujian daripada orang ramai yang rata-rata terkejut dengan kebolehan gadis berusia lima tahun itu menghafal lagu Munbe Va.

Terdahulu nama Siti menjadi sohor di Twitter apabila berjaya memukau hampir 60,000 penonton ketika menyanyikan lagu klasik Tamil itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 4:37 PM