Ashanty berkongsi gambar beg tangan yang hilang.
Ashanty berkongsi gambar beg tangan yang hilang.
Agensi

Jakarta: Penyanyi Indonesia juga isteri Anang Hermansyah, Ashanty meminta bantuan pengikut di media sosialnya untuk mengesan kira-kira 14 beg tangan berjenama dan mewah miliknya yang hilang.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Ashanty, 38, meminta tolong kepada netizen untuk membantunya mencari semula beg tangan berkenaan yang mungkin dilarikan oleh individu dikenali.

Ibu empat anak itu memohon bantuan netizen sekiranya berjaya menemukan orang terdekatnya yang dilihat tiba-tiba menggunakan beg tangan berjenama terbabit atau pun sudah menjualkan barang-barang yang hilang itu.

"Guys kalau ada orang terdekat aku (saya) yang pakai atau jual barang-barang ini tolong segera hubungi ya karena kita kehilangan 14 tas (beg tangan)," tulisnya dalam hantaran itu.

Difahamkan juga, antara jenama beg tangan mahal Ashanty yang hilang itu seperti Hermes, Prada, Louis Vuitton, Gucci, Dior, dan masih banyak lagi.

Bukan itu saja, ada barang berjenama lain juga yang hilang iaitu kamera dan kasut.

Menurut Ashanty menerusi laporan media Indonesia, dia kehilangan barangan berharga dan mewah yang membuatkannya mengalami kerugian besar itu berlaku di dalam rumahnya sendiri selepas menyedari sudah hilang akibat dicuri.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2023 @ 12:12 PM