Syahrini
Syahrini
Agensi

Jakarta: Percutian penyanyi, Syahrini bersama suaminya Reino Barack di Honolulu, Hawaii mendapat perhatian netizen apabila dia memaparkan beg tangan yang sangat eksklusif dan mewah.

Menerusi Instagram, Syahrini memuatnaik gambar dia sedang ketawa sambil menunjukkan beg tangannya. "Lovely Hawaii. #PrincesSyahrini #Hawaii Honolulu December2021," tulisnya.

Dia juga memuat naik keterangan bertulis "@PrincesSyahrini carried Capelli Straworld Inc - Capelli Straw Bag 403.200 IDR from poshmark.com,".

Rata-rata netizen terkejut melihat beg tangan lebih RM118,000 itu dan tidak menyangka Syahrini mengenakan beg tangan yang mahal itu.

Bagaimanapun, ada yang memujinya dengan berkata, Syahrini nampak elegan dan mewah dengan penampilan ini.

Terdahulu, Syahrini atau mesra disapa Princess Syahrini pernah meraih perhatian netizen apabila beg tangan berjenama mewah, Hermes miliknya yang bernilai ratusan ribu Ringgit hanya digunakan sebagai 'bakul' untuk mengisi sayur-sayuran yang dibeli di pasar.

Jika ke luar negara pula, wanita itu lebih selesa menggunakan pesawat peribadi hanya disebabkan mahu berehat selain ingin mempunyai privasi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Disember 2021 @ 1:59 PM