PERKONGSIAN Fatin dan Aliff sering mengundang perhatian.
PERKONGSIAN Fatin dan Aliff sering mengundang perhatian.
Zaara Talita


PERKONGSIAN yang dimuat naik pelakon Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sering mencuri perhatian di media sosial.

Sejak berkahwin dengan usahawan jutawan itu, nama Fatin mula menjadi perhatian di media sosial.

Bagaimanapun, Fatin mengakui sudah mula jelak melihat video sendiri menjadi 'fyp (For Your Page) atau viral di TikTok.

Malah, dia berharap netizen berhenti merakam dan memuat naik semula 'live' yang dibuatnya.

"Bagaimana saya hendak cakap pada orang, boleh tak padam video ini kerana saya sendiri yang melihat pun rasa seperti hendak muntah.

"Post saja video orang lain. Asalkan bukan saya di fyp. Saya juga sering membuka TikTok, balik-balik tengok wajah sendiri. Bukan apa, yang dimaki nanti saya. Ini kerana saya sendiri jarang 'live' di TikTok, namun ada yang merakam video berkenaan dan memuat naik semula," katanya.

Pelakon yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan itu berkata demikian ketika membuat siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Terdahulu, tular video suami pelakon itu mendedahkan ada seorang individu yang mendakwa Fatin memilih dirinya sebagai imam hanya kerana kekayaan yang dimiliki.

Menafikan spekulasi itu, Fatin berkata, Aliff bukan lelaki kaya yang pertama mendekati dirinya.

FATIN akui jelak sering viral di Tik Tok.
FATIN akui jelak sering viral di Tik Tok.

Katanya, dia jatuh hati dengan Aliff kerana wajah tampan dan kacak.

Fatin sah bergelar isteri kepada usahawan itu pada majlis membabitkan keluarga dan rakan terdekat mereka pada 30 Disember lalu.

Majlis yang berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya secara tertutup itu dihidu ramai selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa memuat naik gambarnya menata rias pengantin di Instagram.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia dan Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2023 @ 6:20 AM