Puteri Sarah.
Puteri Sarah.

 

Kuala Lumpur: "Benda baik tu baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk terhadap keluarga anda sendiri," kata pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai tindakan saman suaminya, Syamsul Yusuf terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini. 

Puteri Sarah berkata, inilah masanya Syamsul mengaku gosip dirinya yang didakwa sudah berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar iaitu Ira Kazar.

"Jadi betullah gosip itu? Ok mengaku sajalah kan. Inilah masanya untuk anda mengaku segalanya," tulisnya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Menurut Puteri Sarah, dia juga mempersoalkan mengapa suaminya tiba-tiba memberi kenyataan  itu sehingga perlu saman-menyaman.

"Benda macam ini tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman. Untuk apa?," katanya.

Terdahulu Syamsul tampil membuat kenyataan mahu menyaman Jawi berjumlah RM10 juta yang didakwanya mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Dipercayai dokumen itu mempunyai kaitan dengan kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah membabitkan orang ketiga iaitu Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 10:15 PM