Fazley Yaakob
Fazley Yaakob

Kuala Lumpur: Kesediaan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob menjadi 'jenazah' untuk kelas pengurusan jenazah anak-anaknya mendapat pujian ramai.

Fazley menerusi Instagram semalam memuatnaik hantaran berkenaan perkara itu.

"Anak-anak ada kelas pengurusan jenazah petang ini, 'so' (jadi) saya 'offer' (tawarkan) diri pada ustaz untuk jadi jenazahnya. Bismillah!," tulisnya.

Menurutnya, ramai juga yang seakan tidak percaya dengan kesanggupannya itu.

"Serius? Ramai pula tanya saya, ya betul. Saya tak tipu. Petang ini (semalam), kelas praktikal mandi jenazah anak-anak saya dengan ustaz mereka.

"Ustaz tanya saya sama ada nak tengok video atau penerangan saja. Saya cakap, buat saja latihan betul-betul. Kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke?

"Saya cakap, tak apa biar saya jadi jenazahnya. Satu hari nanti nak kena buat betul-betul juga," katanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang memuji tindakan Fazley itu.

"Tak apa Datuk Fazley, ilmu yang sangat berguna," tulis cikpuaneyda.

"Terbaik Datuk. Walaupun rasa sebak, tindakan Datuk memang bijak. Bertuah anak-anak Datuk," tulis maizayacob pula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Disember 2022 @ 3:55 PM