Kumpulan terbaru, Insomniacks yang dianggota tiga anak muda ia itu Iqie (kanan) Iskandar (kiri)  pada sidang media single baharu, Igaun Malam di Hard Rock Cafe. FOTO OWEE AH CHUN
Kumpulan terbaru, Insomniacks yang dianggota tiga anak muda ia itu Iqie (kanan) Iskandar (kiri) pada sidang media single baharu, Igaun Malam di Hard Rock Cafe. FOTO OWEE AH CHUN
Oleh Zaara Talita


Kuala Lumpur : Penyanyi kumpulan Insomniacks, Iqie menafikan masih tidak 'move on' daripada bekas kekasihnya yang sudah berkahwin.

Iqie atau nama sebenarnya, Syed Mir Iqbal Syed Adeli berharap peminat juga dapat menghormati bekas kekasihnya, Johanis Sani yang sudah mendirikan rumah tangga.

"Saya sudah 'move on', kenapa anda masih lagi tidak kan? Oleh itu, saya berharap peminat juga dapat melupakan mengenai kisah percintaan itu. Kami masih lagi berkomunikasi sebagai kawan.

"Bukan apa, tidak manis rasanya kerana dia pun sudah mendirikan rumah tangga. Jadi saya harap segelintir pihak dapat menghormati perkara itu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single Igauan Malam,baru-baru ini.

Insomniacks berjaya layak ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke- 37 menerusi lagu Sempurna yang berlangsung hari ini dan esok.

Ditanya mengenai persiapan sebelum beraksi di pentas berprestij berkenaan, Iqie berkata, mereka berlatih setiap hari dan memastikan mereka tidak gementar.

"Kami berlatih setiap hari, main 'game' setiap hari dan kami tak gementar setiap hari. Kami sebenarnya okay, kami bersyukur," katanya.

Mereka juga merancang untuk menyanyikan Sempurna dalam versi asal seperti persembahan selalu.

Insomniacks yang turut dianggotai Iskandar dan Danial tidak meletakkan sasaran tinggi untuk mara ke pentas akhir tetapi lebih kepada menikmati persembahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 4:27 PM