Jenazah pengarah, Allahyarham Azhari Mohd Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, di sini, jam 11 pagi, hari ini.
Jenazah pengarah, Allahyarham Azhari Mohd Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, di sini, jam 11 pagi, hari ini.
Syafil Syazwan Jefri


Klang: Jenazah pengarah, Allahyarham Azhari Mohd Zain selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, di sini, jam 11 pagi, hari ini.

Isterinya, Wahizatul Nureen Azmi, 40, berkata, sebelum dikebumikan, jenazah disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Ar-Raudhah, Puncak Perdana.

Berkongsi mengenai hari-hari terakhir bersama arwah yang juga pengarah dan pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Wahizatul berkata, keadaan suaminya nampak stabil.

"Beberapa hari terakhir, arwah nampak macam tak sihat, tapi keadaannya masih stabil. Cumanya, saya pun dapat rasa ada perbezaan sejak hari PRU (Pilihan Raya Umum) baru-baru ini," katanya.

Azhari meninggal dunia pada usia 50 tahun di kediamannya pada jam 12.15 malam tadi selepas sembilan bulan terlantar sakit akibat diserang angin ahmar atau strok.

Azhari meninggalkan seorang balu serta tiga anak berusia antara tiga hingga 16 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2022 @ 9:57 PM