Bekas peserta Akademi Fantasia 2015, Iqwan Alif
Bekas peserta Akademi Fantasia 2015, Iqwan Alif
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Penyanyi, Iqwan Alif dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan endoskopi dan ultrasound, hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Iqwan meminta pengikutnya di platform media sosial itu mendoakan kesihatannya.

"Hai semua! Minta doakan semoga semua berjalan lancar dan semuanya baik-baik saja. Sekejap lagi, saya akan buat endoskopi dan ultrasound.

Mudah-mudahan, keputusan yang baik-baik saja. Insya-Allah," tulisnya.

Iqwan turut memuat naik gambar dia di katil hospital.

Terdahulu, Iqwan yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 2015 memuat naik gambarnya ketika berada di hospital.

"Pertama kali dimasukkan ke wad sebab tak tahan sangat dah. Tak apa, semoga semuanya baik-baik. Saya akan kembali tak lama lagi," tulisnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Iqwan bagi mendapatkan kepastian mengenai masalah kesihatannya tidak berjaya.

Semakan Harian Metro mendapati ruangan komen di Instagram Iqwan dipenuhi dengan doa dan ucapan daripada rakan-rakannya termasuk rakan artis antaranya Sufie Rashid dan Bob Yusof.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2022 @ 2:53 PM