ASA disiarkan secara langsung dari PICC.
ASA disiarkan secara langsung dari PICC.
Affan Rostam


ACARA berprestij Anugerah Seri Angkasa (ASA 2022) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) kini kembali mewarnai industri hiburan tempatan.

Rangkaian Televisyen Media Prima mendapat 55 pencalonan menerusi 28 kategori anugerah dan ini termasuk lima kategori anugerah digital yang baru diperkenalkan selari dengan peredaran zaman digital.

Antara anugerah yang tercalon adalah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik.

Drama "Pencipta Pegang Waktu" mendapat pencalonan terbanyak dengan tujuh pencalonan dalam kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik.

Antara yang turut tersenarai dalam kelompok lima teratas pencalonan adalah Drama TV Terbaik antara Jeti, Kasih Tau Foo Fah, Pencipta Pegang Waktu, menampilkan penerbit dan pengarah, Nurul Jannah Muner, Sharifah Shahora Syed Akil dan Nor Shahila Harun Shah.

Kategori Drama Bersiri TV Terbaik pula Budak Tebing sementara bersaing dalam kategori Pengarah Drama TV Terbaik antaranya Raja Mukhriz R Ahmad dan Zainorhisyam Samudin bagi program Kasih Tau Foo Fah, Pencipta Pegang Waktu.

Terdahulu bagi skrip Drama TV Terbaik membabitkan K Adlie dan Siti Jasmina Ibrahim bagi program Rabak dan Pencipta Pegang Waktu.

QUE Haidar bersaing bagi Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik.
QUE Haidar bersaing bagi Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik.

Dalam pada itu Que Haidar pula bersaing bagi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik untuk Pencipta Pegang Waktu sementara Khatijah Tan dan Nabila Huda Pelakon Wanita Drama TV Terbaik untuk Rabak dan Jihad Ramadan. Untuk Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik membabitkan saingan Hilal Azman, Izzue Islam dan Khir Rahman sementara Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik menyaksikan pertarungan Fauziah Ahmad Daud, Liza Abdullah dan Nabila Huda.

Bagi Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik membabitkan saingan Fifi Laura dan Puteri Balqis untuk Jeti dan Pencipta Pegang Waktu.

Antara kategori lain yang turut bertanding adalah Dokumentari TV Terbaik, Majalah TV Terbaik.

Selain Anugerah Bicarawara TV Terbaik, Komedi TV Terbaik,

Rancangan Agama TV Terbaik, Rancangan Realiti TV Terbaik, Promo TV Terbaik, Montaj TV Terbaik, Pengacara TV Terbaik, Laporan Khas Berita TV Terbaik, Penyampai Berita TV Terbaik, Wartawan TV Terbaik, Set TV Terbaik, Grafik TV Terbaik, serta Kesan Khas TV Terbaik.

Sementara bagi Kategori Media Baharu membabitkan Sketsa Pendek Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, Drama Bersiri Menerusi YouTube Rasmi Terbaik, ASA 2022 disiarkan secara langsung selama dua hari bersama pengacara berpengalaman Awal Ashaari dan Jeed Zulkefli (Nur Jaziedah Zulkfli) hari ini.

Manakala malam anugerah ASA 2022 esok akan menampilkan Fara Fauzana, Terrence Dass dan Enn Xaviera untuk menceriakan suasana majlis.

Nantikan pengumuman kemenangan ASA 2022 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Serta saksikan juga secara maya di Facebook Live Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Gunakan tanda pagar #seriangkasa2022 untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 6:21 AM