Farah Izureen Izhar

SEMPENA menyambut Ramadan yang mulia ini, TV3 dan TV9 melancarkan kempen Ramadan Raya 2022, Seikhlas Hati dengan menyajikan program menarik yang merangkumi genre inspirasi dan travelog, drama, bual bicara, gaya hidup serta hiburan.

Program TV3

Pembukaan Ramadan dimulakan dengan program travelog, Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul II dengan mengikuti Fedtri Yahya ke zaman Tanah Melayu di mana Raja-raja Melayu dikuasai oleh imperialis Inggeris.

Sepanjang Ramadan ini, Tanyalah Ustaz Seikhlas Hati akan memaparkan kompilasi episod terbaik Tanyalah Ustaz edisi Ramadan pada setiap hari bermula 6.30 pagi di TV3 dan TV9, manakala Sahabat Backpackers juga menceritakan kisah Da'i Haziq dan Jalal Zaki sepanjang pengembaraan mereka dalam menelusuri kisah manusia, amalan hebat seperti kebaikan sedekah dan qailullah.

Dokumentari istimewa di Nuzul Al-Quran, Tinta Syurga pula memaparkan kupasan mendalam mengenai usaha meneruskan perjuangan sahabat Nabi Muhammad SAW dalam membukukan al-Quran selepas kewafatan baginda.

Sembang Sahur diteruskan bersama hos, Haziq Hussni, Fatin Hamimah, Fadzly Fuad dan Dayah Bakar, membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan Ramadan dan Aidilfitri, inisiatif amal dalam segmen Singgah Sahur, serta belajar resipi baharu yang mudah dan cepat pada Ramadan dalam segmen Jom Masak bersama Cef Fikree dan Cef Naem.

Khas buat kaki drama, TV3 menyediakan drama bersiri yang paling dinantikan dan dilakonkan oleh pelakon kesukaan ramai, iaitu Shukri Yahaya dan Siti Saleha (Akasia: 7 Hari Mencintaiku 3) Sharifah Rose dan Ali Rezark (Lestary: Do You Love Me, Captain?) Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose dan Fasha Sandha (Samarinda: Khilaf Asmara), Yana Samsudin, Fadzil Zahari dan Didie Alias (Menantu Mek Barber), serta Rozita Che Wan, Zain Saidin dan Nabila Razali (Azalea: Mem & Bibik-bibik).

Untuk program gaya hidup pula, Pesan Makan menampilkan Fizo Omar dan Izzue Islam, pencarian juadah berbuka puasa bersama Nazruddin Habibur Rahman dalam Jalan Jalan Cari Makan Ramadan dan ikuti pengalaman tahun pertama Zulin Aziz sebagai isteri dalam menyediakan juadah berbuka puasa dalam Apa Nak Masak Ni?

Pelbagai resipi juadah berbuka puasa yang menarik daripada Sissy Imann, Afifah Nasir, Shiha Zikir, Sarah Suhairi, dan Bunga  menerusi program Jom Berbuka.

Diari Daddy pula menceritakan kisah hidup selebriti dan usahawan berjaya Shuib bersama empat anak-anaknya yang comel manakala program Oh Mummy! meninjau persiapan Hari Raya yang dilakukan oleh Mas Idayu dan anaknya.

Hiburan diteruskan dengan Akustika Ramadan bersama-sama gandingan hos baharu, Anas Ridzuan dan Achey serta ikuti juga gelagat lucu Ropie, Naim Daniel dan Sarah Suhairi dalam musim baharu Pak Kodi 5G.

Ikuti telatah Papa Zola, seorang guru sekolah yang bersemangat tinggi tetapi cemerkap, di samping anak perempuannya yang comel serta bijak bernama Pipi Zola di siri animasi Papa Pipi.

Program TV9

Bagi program TV9 pula, Datuk Rosyam Nor kembali mengemudikan program bual bicara Sembang Viral Mega yang berdurasi satu jam untuk siaran istimewa di bulan Ramadan yang mengupas isu-isu viral dan dibahaskan penuh ilmu dari perspektif Islam secara santai bersama selebriti serta panel ustaz jemputan.

Bagi penonton yang minat mengembara, saksikan Jalan-Jalan Ramadan yang mengisahkan pengembaraan menarik Harris Alif di pelbagai negeri untuk mempelajari tradisi dan keunikan kebudayaan di kampung yang dijelajahi.

Sementara itu, program Pandai Masak Ke Tu? yang dihoskan oleh Amy Mastura dan ditemani juri Chef Ismail dan Yatie Kitchen pula merupakan program pertandingan masak menyediakan juadah berbuka puasa antara selebriti popular seperti Ara Johari, Khai Bahar, Wany Hasrita, Nabila Razali, Noki K-Clique, Izzue Islam dan ramai lagi.

Buat kaki drama, saksikan lakonan hebat daripada artis-artis popular tanah air menerusi slot Diandra iaitu Liza Abdullah, Kazar Saisi, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose, Mark Adam dan Shakilla Khoriri (Diandra: 30 Hari Sebelum Raya) dan juga Rita Nadira, Sherry Ibrahim, Neera Azizi, Sophia Liana dan ramai lagi (Jiwa Wanita) serta telefilem menarik bersempena dengan bulan Ramadan, Ramadan Tunggu Aku Datang, Seutas Tasbih Dari Madu, Calon Bini Pak Bilal dan Mengejar Lailatulqadar.

Saksikan gelagat dua adik-beradik kembar, Mina Mila pada setiap Isnin dan Selasa, jam 6.30 petang dan Little Ammar pada setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 petang. Little Ammar akan berkongsi dengan penonton ciliknya lagu kanak-kanak, zikir dan video pembelajaran yang mudah difahami.

WOW Seikhlas Hati

Dengan kerjasama Rangkaian Televisyen Media Prima, WOWSHOP melancarkan platform perayaan gaya hidup sehenti WOW Seikhlas Hati untuk semua persiapan Pra-Ramadan - Raya anda dan terdapat program istimewa siaran langsung, diskaun segera serta pelbagai tawaran pulangan tunai daripada rakan kongsi berbeza seperti Ambank, Maybank QR Pay, Boost dan Touch N Go.

Ini juga adalah tahun pertama di mana WOWSHOP mewujudkan kempen atas talian khusus di platform ECMC untuk perkongsian 30 hari resipi Ramadan yang ringkas lagi lazat, pelbagai barisan penawaran produk perayaan yang menarik.

Tema Seikhlas Hati dipilih sebagai tanda peringatan kepada kita supaya tidak mengharapkan balasan atau penghargaan dalam setiap perbuatan yang kita lakukan serta sentiasa bersyukur dan redha dengan ujian yang dihadapi kerana setiap ujian itu menjadikan kita lebih kuat dan tabah.

Untuk mendapatkan sinopsis lanjut berkaitan susunan program-program Ramadan TV3 dan TV9, sila klik pautan senarai program Ramadan TV3 dan TV9 2022.

Layari www.wowshop.com.my untuk maklumat lanjut atau ikuti secara langsung WOWSHOP di TV3 dan TV9.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini program TV3 dan TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram serta Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. Gunakan tanda pagar #SeikhlasHati untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 April 2022 @ 2:05 PM