ZIELA. FOTO Asyraf Hamzah
ZIELA. FOTO Asyraf Hamzah
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: "Ada seorang artis pernah mesej saya bertanya mengenai hidup bermadu," kata penerbit dan pelakon Datuk Ziela Jalil ketika ditanya kemungkinan dia menjadi rujukan mana-mana artis yang ingin hidup bermadu.

Ziela, 52, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil berkata, dia bagaimanapun tidak mengetahui status artis berkenaan sama ada dia sudah berkahwin atau belum.

"Sewaktu artis itu mesej, saya rasa dia belum kahwin lagi. Dia tanya sangat menyeluruh (general) macam mana nak hidup bermadu. Saya cakap ada dua saja, nak cakap atau rahsiakan pada umum.

"Kalau tak sedia, jika ada yang bertanya jangan cakap tak. Klu nafi, orang kata tipu. Kalau nak beritahu, cakap saja. Dia cakap apa pula kata netizen nanti. Saya kata, jangan fikir netizen. Kalau mereka kutuk sekat saja.

"Nak jumpa dia pun tak sempat. Saya pun tak pasti dia bermadu atau tak. Pada asalnya ya, tapi dia kata tak," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ziela berkongsi mengenai perkahwinannya juga isteri kedua dengan Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar pada 17 Februari 2019.

Sebelumnya, Ziela pernah berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

ZIELA (kanan) menandatangani kontrak menjadi duta tudung bawal FA Collection. FOTO Asyraf Hamzah
ZIELA (kanan) menandatangani kontrak menjadi duta tudung bawal FA Collection. FOTO Asyraf Hamzah

Dalam perkembangan lain, Ziela baru saja dilantik menjadi duta tudung bawal FA Collection selama setahun.

"Alhamdulillah, rezeki sangat. Sebab dengan keadaan sekarang nak bergerak buat penggambaran susah kan, jadi apabila datang rezeki macam ini syukur sangat. Dalam masa sama senang untuk saya juga, sebab ini benda yang saya pakai.

"Saya bermula dengan buat ulasan produk tudung bawal ini, selepas itu pihak saya berbincang dengan mereka bincang dan terjadilah kerjasama ini. Bagi yang sukakan tudung bawal, ini koleksi yang bagus dari segi kualiti dan rekaan selain harga pun mampu milik," katanya.

ZIELA (kiri) menunjukkan antara koleksi tudung bawal FA Collection. FOTO Asyraf Hamzah
ZIELA (kiri) menunjukkan antara koleksi tudung bawal FA Collection. FOTO Asyraf Hamzah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Februari 2022 @ 2:27 PM