DAKOTA Johnson bakal menjadi adiwira sulung wanita membawa watak Madame Web.
DAKOTA Johnson bakal menjadi adiwira sulung wanita membawa watak Madame Web.
Agensi

Los Angeles: Pelakon Dakota Johnson, 32, bakal menjadi adiwira sulung wanita membawa watak Madame Web dari Marvel Comics untuk filem terbitan Sony Pictures Universe.

Johnson bakal menyarung kostum khas untuk filem besar akan datang produksi berkenaan.

Filem itu juga adalah adaptasi komik moden pertama Sony dengan menampilkan watak wanita.

SJ Clarkson dilaporkan bakal mengarah filem itu. Dia sebelum ini popular sebagai pengarah siri Marvel berjudul Jessica Jones yang ditayangkan di Netflix.

Menerusi komik tulisan Denny O'Neil dan sentuhan ilustrasi John Romita Jr pada 1980, Madame Web digambarkan sebagai seorang wanita tua yang menghidap gangguan imunisasi automatik kronik.

MADAME Web digambarkan sebagai seorang wanita tua yang menghidap gangguan imunisasi automatik kronik.
MADAME Web digambarkan sebagai seorang wanita tua yang menghidap gangguan imunisasi automatik kronik.

Dia terpaksa bergantung kepada sistem sokongan hidup yang kelihatan seperti sarang labah-labah.

Watak itu mula diperkenalkan pada 1980 menerusi komik The Amazing Spider-Man isu ke 210 sebagai peramal mutan.

Kelebihannya memberi manfaat besar kepada Spider-Man dan Spider-Woman.

Madame Web akan menjadi jenama terbaru untuk mengembangkan lagi jenama Spider-Man di bawah produksi Sony.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Februari 2022 @ 4:16 PM