ZULIN dan Farhan ketika mengerjakan umrah tahun lalu.
ZULIN dan Farhan ketika mengerjakan umrah tahun lalu.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Pengacara Zulin Aziz dilamar kekasihnya, Farhan Norzaini, 35, ketika berada di Madinah, Arab Saudi, tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk bertunang, semalam.

Zulin, 33, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, dia bersama Farhan yang juga rakan kongsi perniagannya sudah lama merancang perkara itu.

"Alhamdulillah, Farhan melamar saya ketika berada di Madinah. Sebenarnya sudah lama kami merancang, akhirnya Allah memperkenankan doa saya ketika berada di Tanah Suci. 

"Majlis yang diadakan semalam serba ringkas. Malah atas permintaan keluarga kami hanya menjemput keluarga terdekat saja demi menjaga prosedur operasi standard ( SOP)," katanya.

Pada majlis itu, Zulin menerima dua cincin (merisik dan bertunang) daripada tunangnya. 

Mengenai keperibadian bakal suaminya itu, Zulin berkata Farhan mampu membimbingnya ke jalan yang diredai.

"Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya," katanya.

Pasangan itu menetapkan tarikh perkahwinan pada 20 Februari ini

"Alhamdulillah, kami memilih tarikh ijab dan kabul pada 20 Februari ini. Doakan semoga segala urusan kami dipermudahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 3:26 PM