JEFF Smith
JEFF Smith
Agensi

Jakarta: Pelakon Jeff Smith sekali lagi ditahan polis selepas terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah, semalam.

Pengarah Reserse Narkoba Polda Metro Jaya, Kombes Mukti Juharsa mengesahkan individu dikenali sebagai JS yang ditahan semalam ialah Jeff Smith.

Setakat ini polis masih belum memperincikan penangkapan pelakon kacak itu dan menjelaskan kes masih dalam siasatan.

"Pasukan kami sedang menjalankan siasatan terperinci. Yang jelas JS sudah ditangkap," katanya. Difahamkan pihak polis bakal memberikan satu kenyataan rasmi hari ini.

Untuk rekod, Jeff bukan kali pertama ditangkap dalam kes dadah.

Pada 15 April lalu, dia ditahan petugas Satuan Narkoba Polres Metro Jakarta di Jagakarsa, Jakarta Selatan.

Ketika serbuan dilakukan, polis merampas dadah jenis ganja seberat 0.52 gram yang berada di dalam kereta milik Jeff.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan turut mendapati Jeff positif dadah jenis ganja.

Disebabkan kesalahan itu, Jeff dihukum penjara selama lima bulan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Disember 2021 @ 11:33 AM