Agensi

Los Angeles: Penyanyi rap, Machine Gun Kelly dikatakan mahu cepat melamar kekasihnya yang juga pelakon popular, Megan Fox.

Menurut sumber, Kelly menceritakan hasratnya itu kepada rakannya.

"Mereka sangat jatuh cinta dan obses di antara satu sama lain. Mereka sudah mengambil langkah selanjutnya dalam hubungan mereka," katanya.

Cerita pertunangan Fox dan Kelly sudah lama diperkatakan. Namun, pasangan itu sibuk dengan aktiviti masing-masing sekali gus membuatkan mereka belum menentukan masa untuk merasmikan hubungan.

Menurut sumber itu lagi, Kelly memang berhasrat memulakan kehidupan berkeluarga dengan Fox tetapi bukanlah dalam masa terdekat.

Apabila kedua-duanya sudah bersedia barulah mereka akan mengambil langkah membentuk keluarga.

Terdahulu, dalam temubual dengan GQ Style, Fox mengaku hubungannya dengan Kelly berjaya membantunya menemukan kedamaian dalam dirinya, terutama selepas dia merasa tidak serasi dengan keluarganya dan dunia Hollywood.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 11:51 AM