TIMAH bawa nama negara ke peringkat antarabangsa,
TIMAH bawa nama negara ke peringkat antarabangsa,
Syafil Syazwan Jefri


WALAUPUN usianya baru mencecah 13 tahun, penyanyi cilik yang menggunakan nama pentas Timah ini sudah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa apabila mewakili negara dalam pertandingan nyanyian di China dan Taiwan selama tiga tahun berturut-turut.

Timah atau nama sebenarnya Fatimah NNoryyah Mohd Noor Kosyginor kini bakal menggegarkan industri muzik tanah air dengan bakat dan karyanya.

"Ketika berusia sembilan tahun, saya mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dan menyertai beberapa pertandingan nyanyian di sekolah," katanya.

Menurut penyanyi berbakat besar ini lagi, dia juga mampu bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Ibu saya bertugas sebagai guru Bahasa Mandarin. Jadi, dari situ sedikit sebanyak dia mengajar saya untuk bertutur dan saya pun memang berminat untuk mempelajari bahasa itu," katanya.

Terbaru, Timah hadir dengan single barjudul Ceria ciptaan MFMF dan Asyraf Nasir.

"Ceria adalah lagu yang diciptakan istimewa untuk meningkatkan 'mood' ceria buat semua yang mendengarkannya.

MAMPU bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu dan Inggeris.
MAMPU bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu dan Inggeris.

"Liriknya juga berkisar mengenai harapan dan kesyukuran, manakala melodinya berentak pop dan rancak akan membuatkan setiap yang mendengar rasa terhibur," katanya.

Timah yang mengagumi Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini terpanggil untuk tampil dengan karya yang mampu menggembirakan hati ramai orang dalam situasi sekarang.

"Saya rasa terpanggil untuk menceriakan suasana murung yang sedang melanda negara. Impian saya adalah untuk menggembirakan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat menerusi nyanyian.

"Tak mungkin kita akan rasa suram selama-lamanya kerana pasti akan ada pelangi yang bakal muncul apabila semuanya kembali normal," katanya.

Timah berkata, dia juga berharap dan mendoakan agar karya ini diterima dan seluruh masyarakat diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 6:19 AM