SITI Sarah melakukan ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif covid19.
SITI Sarah melakukan ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif covid19.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah, suami yang juga pelawak Shuib serta tiga anak mereka menjalani ujian saringan Covid-19 selepas pembantu rumahnya disahkan positif wabak itu, semalam.

Sarah yang kini sarat hamil tujuh bulan berkata, dia begitu risau dengan keadaan anak-anaknya yang masih kecil apatah lagi sedang mengalami demam. 

"Jantung ni macam nak jatuh bila pembantu rumah saya positif Covid-19. Saya tak fikir apa-apa dah sebab yang saya risau anak-anak dan bayi dalam perut. 

"Anak-anak saya sekarang demam. Ya Allah berderau darah ini dan macam-macam perkara saya fikir kalaulah saya dan Shuib didapati positif. Bagaimana dengan anak-anak kami. 

"Kalau anak pula positif siapa nak jaga mereka di pusat kuarantin. Minta jauh Ya Allah," katanya.

Menurut Sarah, ketika ini dia perlu kuat kerana sedang hamil sekali gus memohon doa daripada orang ramai. 

"Kami satu keluarga baru saja buat ujian saringan. Harap-harap kami semua tiada apa-apa.

"Saya kena kuat, bayi dalam perut dah masuk tujuh bulan. Mohon doakan saya dan keluarga," katanya. 

Sarah berkahwin dengan pelawak dan ahli perniagaan, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Muhamad, 37, pada 26 Februari 2011.

Hasil perkahwinan, pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 7:27 PM