Fasha menerima vaksin Astra Zeneca (AZ). FOTO IG FASHA
Fasha menerima vaksin Astra Zeneca (AZ). FOTO IG FASHA

Kuala Lumpur: "Kenapa orang biasa tak boleh 'snap' gambar artis boleh pula. Itu kadang 'frontliner' ni memang lah. Payah nak cakap."

Itu komen warganet di Instagram yang menggunakan akaun @adzerbaijan yang seolah-olah mempersoalkan hantaran dimuat naik pelakon Fasha Sandha ketika menerima vaksin, semalam.

Fasha menerusi ruangan sama pantas membalas komen itu dengan memaklumkan dia sudah meminta izin sebelum dibenarkan berbuat sedemikian.

"Tadi saya nampak ramai orang ambil video dan gambar. Saya minta izin ambil gambar dan video mereka kata okay. Cuba cik minta kebenaran baik-baik.

"Lagi pun tujuan ambil gambar ini bukan hanya untuk kenangan, tapi juga untuk memberikan kesedaran pada mereka untuk jangan takut pada vaksin," katanya yang turut meletakkan emoji hati.

Dalam masa sama, ramai dalam kalangan pengikut di IG Fasha turut menyatakan pandangan mereka serta berkongsi pengalaman sama apabila dibenarkan untuk merakamkan gambar atau video.

Seorang pengguna akaun @khaylazara memaklumkan tempat dia menerima vaksin membenarkan perkara itu.

"Tempat saya terima suntikan boleh je siap 'frontliner' yang tolong ambilkan gambar makcik-makcik yang datang vaksin," tulisnya.

Begitu juga dengan pengguna akaun @buko_baq_ang_bukitjalil yang berkongsi adiknya dapat membuat rakamn video dari awal sampai habis.

"Adik saya siap dapat buat video A hingga Z sampai habis mak saya divaksin. Alhamdulillah, tiada beza pun artis dan orang biasa. Mungkin waktu dia dapat jururawat atau doktor sudah penat, itu dia marah," tulisnya.

Pengguna akaun @mrjaigreen turut menyokong tindakan Fasha.

"Ramai je orang 'snap' gambar. Di IG atau FB bersepah orang buat siap ada video. Relak ja," tulisnya.

Komen yang ditulis Fasha itu mendapat lebih 200 tanda suka.

Sementara itu, hantaran video yang dikongsikan Fasha mendapat lebih 24,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Difahamkan Fasha dan suami juga pelakon, Aidil Aziz menerima vaksin AstraZeneca (AZ) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 9:51 AM