NOURUL. FOTO Arkib NSTP
NOURUL. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi, Nourul Wahab Depp menasihati peminat supaya tidak terpedaya dengan individu yang meminta bantuan menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram.

Nourul berkata, dia mendapat banyak mesej sebegitu dan memberikan sumbangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Sebenarnya, semenjak ramai hilang pekerjaan, ada juga yang suka ambil kesempatan. Terutamanya, pendatang tanpa izin.

"Saya bantu yang boleh dibantu, yang dapat dibantu serta yang benar-benar memerlukan. Semoga Allah permudahkan semua yang sedang dilanda kesukaran," tulisnya. 

MESEJ diterima Nourul di IG.
MESEJ diterima Nourul di IG.

Menerusi hantaran di IG, Nourul turut berkongsi tangkap layar mesej daripada individu yang meminta bantuan. 

"Bantu saya dan anak-anak. Saya sangat nak meminta bantuan," tulis pengguna akaun itu.

Sebelum ini, ramai dalam kalangan selebriti tanah air yang menerima mesej daripada individu tidak dikenali, yang menggunakan modus operandi sama untuk meraih simpati dan mendapat bantuan. 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 6:04 PM