Hyun Bin
Hyun Bin
Agensi

Seoul: Pelik tetapi benar, itulah mampu dikata mengenai pelakon kacak dan popular,  Hyun Bin yang sehingga kini tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi.

Pihak pengurusannya, Vast Entertainment dalam kenyataan rasmi, mengingatkan semua peminat pelakon terkenal itu agar tidak tertipu dengan perkara ini.

 

Ia berikutan, mereka menerima banyak laporan mengenai akaun palsu yang menyamar sebagai  Hyun Bin.

Vast Entertainment menerusi Instagramnya berkata, Hyun Bin tidak mempunyai sebarang akaun media sosial peribadi seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

 

"Kami menerima banyak aduan berkenaan akaun palsu individu yang menggunakan nama kami dan nama artis kami. 

 

"Kami tidak pernah membuka apa-apa akaun selain akaun media sosial rasmi yang disenaraikan," tulis Vast.

Menurut mereka lagi, Hyun Bin juga tidak mempunyai akaun media sosial peribadi seperti Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain. 

"Kami meminta peminat untuk memperhatikan perkara ini dan melindungi diri anda daripada sebarang penipuan.

"Kami juga tidak pernah membuat atay mengajukan permintaan membabitkan kewangan kepada sesiapa pun," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 11:55 AM