JADI kenyataan, Fanaa kini sudah rakamkan dua lagu sendiri.
JADI kenyataan, Fanaa kini sudah rakamkan dua lagu sendiri.
Ridzuan Abdul Rahman


DITAWARKAN peluang merakam lagu daripada syarikat rakaman adalah perkara yang sangat menggembirakan bakat baharu seni suara dikenali NurulFarhana Ahmad Nazmi atau Fanaa, 21,

Siapa sangka, selepas beberapa tahun tanpa jemu bertungkus-lumus menyertai pertandingan nyanyian di merata lokasi, impian gadis kelahiran Gerik, Perak ini untuk memiliki lagu sendiri menjadi realiti.

"Sejak berusia 10 tahun, saya sudah menyertai pertandingan Gerik Idol kategori kanak-kanak anjuran MITI. Bahkan setiapkali ada pertandingan, saya tak ketinggalan menyertainya.

FANAA tampilkan lagu Tinta Terakhir sebagai pertaruhan pertama.
FANAA tampilkan lagu Tinta Terakhir sebagai pertaruhan pertama.

"Saya juga aktif menyanyi di sekolah menengah dan pernah menjadi wakil dalam kategori lagu patriotik.

"Sekarang saya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kedah dalam jurusan Diploma Pengurusan Pejabat dan aktif menyanyi di universiti pula," katanya.

Menurut Fanaa, setiap kali sambutan Bulan Kemerdekaan, dia akan diundang menyanyikan lagu berkonsep patriotik oleh Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak.

"Alhamdulillah, persembahan itu membuka hati syarikat rakaman Kame Music Production yang melamar saya sebagai artis mereka.

"Mereka seterusnya berminat menerbitkan single berjudul Tinta Terakhir yang berkonsep pop dan sebuah lagu raya iaitu Syawal Di Kejauhan untuk saya.

"Terima kasih kepada ibubapa saya, guru-guru dan rakan-rakan yang selalu menyokong saya," katanya.

Minat yang mendalam dalam bidang nyanyian juga membuatkan Fanaa sentiasa mencari peluang untuk menimba ilmu.

Dia pernah mengikuti kelas vokal bersama komposer terkenal Datuk Seri Dr Ahmad Nawab.

"Syukur saya berpeluang timba ilmu dengannya dan banyak perkara baru yang dapat dipelajari," katanya.

Fanaa bagaimanapun, mengakui dia pernah berasa sangat janggal apabila kali pertama masuk ke studio untuk sesi rakaman lagu

"Perasaan gemuruh dan takut bercampur baur kerana nak memberikan hasil terbaik untuk lagu Tinta Terakhir.

"Kadangkala memang rasa penat,tapi ia berbaloi dengan apa yang saya dapat iaitu mempunyai dua single.pada ketika ini

"Bahkan, segala urusan proses rakaman lagu dibuat sepenuhnya di studio Kame Music Production, Gerik," katanya.

Ujar Fanaa lagi, lagu Tinta Terakhir mengisahkan kenangan seorang isteri yang kehilangan suami akibat penyakit kronik.

"Ia sebuah kenangan indah yang menjadikan kehidupan seorang isteri lebih sempurna denga

n kehadiran suami sebagai pelengkap dalam hidupnya.

"Lagu Tinta terakhir adalah satu warkah istimewa yang diilhamkan oleh seorang suami yang sangat cintakan isterinya sebeLum meninggal dunia," katanya.

Karya lagu yang dipromosikan oleh Kame Music Production dan Aci-Aci Buka Pintu itu, kini sudah dipasarkan dalam bentuk digital dan boleh ditonton menerusi platform YouTube.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 6:13 AM