Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Video kenangan dan luahan rakan kepada mangsa bunuh, Allahyarham Siti Nur Surya Ismail berdurasi 2 minit 24 saat yang tular di media sosial sejak semalam mendapat perhatian ramai termasuk selebriti tanah air.

Antara yang menitipkan rasa sedih dan pilu adalah pelakon Ruhainies, Niena Baharun, Diana Rafar, Haiza dan ramai lagi.

"Allah...," tulis Ruhainies disertakan emoji sedih di ruangan komen video yang dikongsikan akaun Instagram Hot FM semalam.

"Part (bahagian) dia suapkan mak dia. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga arwah," tulis Niena Baharun di ruangan komen akaun Instagram sama.

Video itu menunjukkan kenangan rakannya dikenali sebagai Muhammad Haiqal Adnan bersama Allahyarham serta bagaimana keperibadian Surya menjaga ibunya yang terlantar sakit.

Video asal dimuat naik Haiqal di Instagram diulang tonton lebih dua juta sebelum dikongsikan beberapa akaun Instagram lain antaranya, Hot FM dan Kool FM.

"Semoga syurga tempat awak. Terima kasih untuk segalanya. Awak rehat dengan tenang ya. Sampai masa giliran saya pula.

"Awak baik. Ramai sayang awak. Ramai datang tengok awak. Semoga kawan awak dapat balasan setimpal dengan apa yang dia lakukan," tulisnya di ruangan kapsyen video itu.

Beberapa hari lalu, berita pembunuhan itu menggegarkan negara apabila remaja berusia 19 tahun itu dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Berita berkaitan

Bunuh Surya: 'Semoga saing awak dapat balasan'

Bunuh Surya: Suspek dakwa berang diejek miskin, tidak cantik

Rakan sekolah Surya direman 7 hari [METROTV]

Polis tahan rakan sekolah Surya [METROTV]

Jaga diri pesan terakhir Siti Surya [METROTV]

'Saya ingat kakak kena karan'

Ibu terlantar sakit saksi anak perempuan dibunuh penyamun [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2020 @ 6:01 PM