ZAHIRAH dan Aiman mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya. FOTO IG Aiman Hakim
ZAHIRAH dan Aiman mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya. FOTO IG Aiman Hakim
Najiy Jefri

 

PASANGAN selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson mengambil keputusan untuk menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka di Perth, Australia.

Zahirah berkongsi foto dia dan suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman aktres itu hari ini. 

"Jumpa kalian tahun hadapan. Kami sayang kalian, terima kasih atas doa-doanya.

"Insya-Allah kami akan balik bertiga nanti," tulis Zahirah yang dijangka bersalin Disember ini. 

Sementara itu, Aiman menerusi Instagram Story pula mengucapkan selamat tinggal kepada pengikutnya.

"Jumpa kalian nanti," tulisnya ringkas.

Walaupun sudah mengetahui jantina anak, Zahirah memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu kerana ingin memberi kejutan serta membuatkan orang ramai berteka-teki.

Pasangan itu berkahwin pada 20 Februari lalu di Petaling Jaya.

Pada 2019, pasangan itu pernah mengikat tali pertunangan dalam majlis ringkas yang diadakan di Perth, Australia yang disaksikan keluarga Zahirah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Oktober 2020 @ 3:55 PM