AQEEF ANAQI
AQEEF ANAQI
Sudirman Mohd Tahir

 

TANGAN kiri anak kepada pasangan Amar Baharin dan Amyra Rosli, Aqeef Anaqi terseliuh sehingga dimasukkan ke hospital semalam.

Amar, 35, ketika dihubungi berkata, insiden itu berlaku di rumah mereka ketika isterinya mahu memberi makan kepada anak sulung mereka itu.

"Tangan Anaqi terseliuh di bahagian siku sewaktu Amyra nak bagi makan. Dia lepaskan badan apabila Amyra pegang tangan dia.

"Kami terus bawa ke hospital dan kena tahan. Doktor kata tak teruk sangat. Cuma kena 'plaster cast'. Biasalah hero kan," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai keadaan Anaqi sekarang, Amar berkata anaknya itu sudah kembali aktif.

"Sekarang dia sudah kembali melompat dengan tangan berbalut tu," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 6:32 PM