PASUKAN Norway memakai seluar pendek berbanding seluar bikini. FOTO Agensi
PASUKAN Norway memakai seluar pendek berbanding seluar bikini. FOTO Agensi
AFP

Washington: Selebriti terkenal Amerika Syarikat (AS), Pink bersedia membayarkan denda dikenakan ke atas pasukan bola baling pantai wanita Norway yang enggan memakai seluar bikini ketika kejohanan Euro 2021.

Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) mengarahkan pasukan itu membayar denda 1,500 euro (RM7,400) selepas mereka memakai seluar pendek berbanding pakaian renang ketika tewas pada perlawanan penentuan pingat gangsa ketika bertemu Sepanyol di Varna dekat Bulgaria.

Pink, pemenang Anugerah Grammy sebanyak tiga kali menerusi Twitter miliknya berkata, dia sanggup membayar denda itu bagi memberi dorongan kepada pemain supaya terus memakai seluar pendek.

"Saya sangat berbangga dengan pasukan bola baling pantai wanita Norway kerana melakukan protes terhadap peraturan mengenai pakaian mereka.

"Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) perlu didenda kerana mengamalkan seksisme. Terbaik pasukan Norway. Saya sangat gembira untuk membayar denda yang dikenakan kepada anda," katanya.

Pegawai sukan Norway sudah meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap peraturan berkenaan.

"Sudah tahun 2021, sepatutnya tidak timbul isu seperti ini," kata Presiden Persekutuan Bola Tampar Norway, Eirik Sordahl.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Julai 2021 @ 10:06 AM