ELFIRA Loy. FOTO Instagram Elfira Loy
ELFIRA Loy. FOTO Instagram Elfira Loy
Georgie Joseph


PELAKON Elfira Loy akur dan sedih apabila terpaksa menutup perniagaan kafe Love Me Seven Days miliknya selepas lebih lima tahun beroperasi.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Ahmad Sabri, 26, berkata, penutupan itu bukan disebabkan terjejas akibat pandemik Covid-19, sebaliknya dia memiliki keutamaan lain yang lebih penting.

"Saya cuba rahsiakan berita ini agak lama juga kerana saya tidak pasti sama ada mahu teruskan atau tidak. Bukan disebabkan Covid-19 atau apa tapi kerana keutamaan.

"Saya tidak mampu lakukan 10 pekerjaan serentak dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Justeru, ini adalah keputusan yang terbaik. Hari ini, kami sudah mula mengemas semua barangan, buang barang, kemas dan ada yang dijual juga. Saya rasa ini jalan yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Elfira turut mengucapkan syukur atas sokongan semua pihak terhadap perniagaannya itu selama ini.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah datang kafe saya, sokong dan sentiasa memberi kata semangat. Saya juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada di sini kami ada mengguris hati. Saya harap ini bukan pengakhirannya. Jika ada rezeki, nak buka lagi," katanya.

Elfira memulakan perniagaan kafe berkenaan Alam Damai, Cheras pada 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 5:33 PM