ENGKU Emran. FOTO Arkib NSTP
ENGKU Emran. FOTO Arkib NSTP
Syafil Syazwan Jefri

PERKONGSIAN ahli perniagaan, Engku Emran yang juga suami kepada pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada awal Jun lalu mengenai ucapan ulang tahun perkahwinan kedua ibu bapanya mencuri perhatian ramai.

Muat naik itu juga sekali gus mendapat liputan media dari Indonesia berikutan desas-desus kegoyahan rumah tangga pasangan selebriti itu.

"Pagi ini, ibu saya kongsikan kisah pertemuannya dengan bapa saya, 54 tahun lalu di Wickham, United Kingdom pada satu petang Sabtu di musim panas.

"Mereka pertama kali bertemu di hospital, di mana ibu saya menjalani latihan. Bapa saya mengenakan pakaian Tentera Laut British dengan payung di tangan serta topi di satu lagi tangan," tulisnya.

Menerusi status sama, Emran berdoa semoga semua usia hubungan rumah tangga akan dipanjangkan Allah.

"Hari ini, mereka raikan ulang tahun ke-50 perkahwinan mereka. Saya berdoa kepada Allah supaya perkahwinan kita semua akan dipanjangkan selagi direstui Allah.

"Semoga Allah melimpahkan kepada kita pasangan serta keturunan yang menyejukkan pandangan dan menjadikan kami pemimpin bagi Muttaqun, Amin," tulisnya.

16 Jun lalu, Harian Metro menyiarkan berita mengenai kisah rumah tangga Emran dan Laudya yang dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dan didakwa muflis, sehingga menjual kediaman mewah di Jakarta dengan harga kira-kira RM3.6 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 3:53 PM