YUNI Shara bersama anak bujangnya.
YUNI Shara bersama anak bujangnya.
Agensi

MEMEGANG status ibu tunggal selama 12 tahun tidak bermakna penyanyi Indonesia, Yuni Shara, 48, menutup terus pintu hati terhadap lelaki.

Penyanyi bernama sebenar Wahyu Setyaning Budi yang juga kakak kepada Krisdayanti ini mendedahkan beberapa kriteria yang diinginkan untuk bakal suami dan berharap bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih berusia supaya tidak nampak kekok.

"Kalau boleh saya mahu lelaki yang lebih tua. Selain pintar, dia juga boleh berbual. Biarlah usianya sesuai kerana anak-anak pun tak mahu bapa lebih muda.

"Anak-anak juga berpesan, jika saya mahu cari pasangan, carilah yang lebih tua tapi janganlah terlalu tua," katanya menerusi temubual di saluran YouTube Melaney Ricardo semalam.

Yuni berkata, dua anaknya Cavin Obient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan melarangnya berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana bimbang menjadi bahan perbualan masyarakat.

"Mereka kata kisah-kisah yang berlaku sebelum ini pernah menjadi perbualan ramai dan sangat meninggalkan kesan. Justeru, mereka enggan saya jadi bahan bualan lagi. Atau saya rasa sebenarnya mungkin juga mereka tak mahu saya pergi mana-mana," katanya yang berkahwin dengan Henry Siahaan pada 2002 dan bercerai pada 2008.

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Jun 2020 @ 9:26 AM