PIHAK berkuasa melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP
PIHAK berkuasa melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP
AP

Mississippi: Lelaki yang mengamuk dan membunuh enam individu di Arkabutka, di sini pada Sabtu dipercayai merempuh masuk ke dalam rumah bekas isteri dan memukul kepala teman lelaki wanita itu dengan belakang pistol.

Suspek kemudian menembak wanita berkenaan di kepala, kata teman lelaki wanita itu kepada AP.

Kejadian berlaku rumah didiami Debra Crum, 60, bersama teman lelakinya George Drane, 64 di Coldwater, kawasan di luar bandar utara Mississippi, empat tahun selepas wanita itu bercerai dengan suaminya, Richard Dale Crum, 52.

Drane berkata, pembunuhan teman wanitanya yang sering dipanggil isterinya, 'tidak jelas' memandangkan dia terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah dan terpinga-pinga.

Drane berkata, Crum datang dari kedai serbaneka berhampiran Arkabutka yang mana berdasarkan sherif Tate Country, suspek itu sudah menembak seorang lelaki, Chris Eugene Boyce, di dalam sebuah pikap di luar kedai berkenaan.

Sherif berkata, timbalannya menahan Crum selepas lelaki itu menembak bekas isterinya di rumah mangsa dan menemui dua mayat tukang di luar rumah.

Selain itu, polis turut menemui mayat bapa tiri dan adik perempuan bapa tirinya di dalam rumah jiran.

GEORGE Drane. FOTO AP
GEORGE Drane. FOTO AP

Drane berkata, dia sudah bertahun-tahun tidak berjumpa Crum sebelum lelaki itu secara tiba-tiba memecahkan pintu rumah mereka pada hari kejadian.

Menurutnya, Crum keluar dari kedai serbaneka terus ke rumah mereka berlari ke kawasan beranda dan merempuh masuk.

Pihak berkuasa berkata, suspek bersenjatakan senapang patah dan dua pistol.

Drane berkata dia bergaduh dengan Crum, sebelum kepalanya dihentak dengan belakang pistol.

Dia kemudian mengugut Drane supaya tidak membuat bising atau bergerak atau dia juga akan dibunuh.

"Saya tidak boleh bangun dan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Crum kemudian mengisi peluru, kembali ke dalam rumah dan menembak Debra dari jarak dekat di kepala, membunuhnya serta-merta. (Kejadian) Betul-betul di antara ruang tamu dan dapur," katanya.

Penyiasat masih mencari petunjuk untuk mengetahui motif kejadian amuk itu.

Selain Debra, mangsa lain yang terbunuh adalah Charles Manuel, 76; John Rorie, 59; George McCain, 73; dan Lynda McCain, 78.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 9:41 AM