SAZZY FALAK
SAZZY FALAK
Najiy Jefri


PELAKON dan pengacara, Sazzy Falak berkongsi mengambil anak angkat lelaki yang diberi nama Idris.

Sazzy berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang beberapa kali dengan suami, Nazril Idrus serta dua anak perempuannya, Imaan Lily dan Tiara Rose.

“Memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga. Sekitar sebulan lalu kami membuat keputusan bersama dalam keluarga untuk mengambil anak angkat.

“Semestinya kedua-dua anak perempuan kami tidak membantah dan bersedia menerima adik mereka dalam keluarga.

“Tetapi saya dan suami sudah semestinya beberapa kali berbincang dan mempertimbangkan banyak perkara.

“Apa yang boleh saya katakan ia bukan keputusan yang mudah dan cepat untuk kami. Banyak hal yang bermain dalam fikiran dan emosi saya sama ada mampukah saya menjadi seorang ibu yang baik untuk bayi ini.

“Namun, takdir menentukan segalanya. Bayi lelaki ini datang kepada kami dan Allah telah memberikan petunjuk kepada kami,” tulis.

Sazzy menerusi perkongsian di IG berkata, dia bakal berkongsi perkembangan terindah dia dan seluruh keluarganya membesarkan Idris.

“Ucapkan hello kepada Idris. Jika boleh, utuskan doa untuk kami sekeluarga.

“Sekarang saya sudah memperkenalkan Idris kepada semua dan akan mengemaskini perkembangan kami dari semasa ke semasa. Nantikan segala kegembirakan, keseronokan dan cabaran membesarkan Idris,”tulisnya lagi.

Sazzy dan Nazril telah mendirikan rumah tangga pada 8 November 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata kembar Iman Lily dan Tiara Rose yang berusia 9 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 3:40 PM