KUMPULAN Puteh dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2019 di Royal Theatre Shah Alam.  FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
KUMPULAN Puteh dinobatkan juara Maharaja Lawak Mega 2019 di Royal Theatre Shah Alam. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI
Georgie Joseph


KUMPULAN Puteh diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Dengan tema bebas dan muzikal, Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Man menampilkan dua persembahan bertenaga serta menerima pujian daripada juri.

Naib juara pula dimenangi kumpulan Zero dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan Bocey pula berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.

Kumpulan J-Born dan Rare pula sekadar berpuas hati mendapat tempat keempat dan kelima.

J-Born membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi manakala Rare pula membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Kumpulan Puteh yang berjaya mengumpul markah tertinggi dianugerahkan Flamitoz Kumpulan Paling Syok!. Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000 dan produk Adabi bernilai RM500.

Selain itu, kumpulan Puteh turut memenangi anugerah OPPO Punchline Machine selepas menjadi peserta yang meraih undian paling tinggi.

MLM2019 menggunakan format pemarkahan sebanyak 70 peratus daripada juri manakala 30 peratus daripada jumlah undian penonton melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Selain persembahan finalis, penonton juga dihiburkan dengan persembahan hebat daripada dua juri tetap iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Inul Daratista.

MLM2019 dihoskan Datuk AC Mizal dan juri tetap terdiri daripada Najip Ali dan Lisa Surihani selain Jamal dan Inul.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 12:42 AM