AR Badul harap sumbangan diterima turut dikongsi dua lagi cucu hasil perkahwinan pertama anaknya itu. FOTO Faiz Anuar
AR Badul harap sumbangan diterima turut dikongsi dua lagi cucu hasil perkahwinan pertama anaknya itu. FOTO Faiz Anuar
Norhayati Nordin


PELAKON dan pelawak AR Badul berharap sumbangan diterima untuk keluarga arwah Mejar Mohd Zahir Armaya dikongsi bersama dua lagi cucu hasil perkahwinan pertama anaknya itu.

Badul ketika dihubungi berkata, orang ramai menghulur sumbangan dan bantuan kerana simpati dengan anak-anak Allahyarham dan ia adalah hak mereka (anak).

"Walaupun berlainan ibu, kedua-duanya tetap anak kandung Mohd Zahir," katanya ketika mengulas rintihan bekas menantu, Jamilah Ismail, 37, berhubung sumbangan dan bantuan kewangan yang tidak diterima Ebal Zulkarnain, 9, dan Remy Iskandar, 8.

Badul berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib dilalui dua cucu lelakinya itu.

Dia sangat berharap, menantunya, balu anaknya itu kini, Nour Shafinar Harun dapat membahagikan sumbangan dan bantuan diterima kepada dua beradik berkenaan.

“Dengan sumbangan itu dapatlah kebajikan dua anak kecil yang kehilangan bapa terjaga," katanya.

Mohd Zahir meninggal dunia ketika melakukan demonstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah, 4 September lalu.

Berita berkaitan

'Anak-anak saya juga ada hak'

Dapat jaminan nasib cucu, batal inkues - Badul

Saya mahu inkues kematian anak saya - AR Badul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 7:04 PM