JANNA tidak mahu ulang kesilapan yang sama dan mahu tutup mulut semua orang. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
JANNA tidak mahu ulang kesilapan yang sama dan mahu tutup mulut semua orang. FOTO Nurul Syazana Rose Razman
Ramlah Zainal


“SAYA bukan ‘anak emas’ Erma Fatima atau mana-mana pengarah kerana percaya rezeki daripada Allah SWT.

“Pengalaman lalu banyak mematangkan dan mengajar saya menjadi dewasa,” kata pelakon popular Janna Nick ketika mengulas dakwaan dirinya kini menjadi ‘anak emas’ pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

Menurut Janna, dia juga menerima tawaran Erma untuk beraksi dalam pementasan Teater Malayu - Pawana Isabella yang bakal dipentaskan di Istana Budaya itu kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengannya.

“Sebenarnya, Kak Erma sudah menawarkan saya berlakon dalam produksinya sejak tiga tahun lalu.

“Kak Erma menawarkan saya untuk berlakon dalam projek teater ini juga sudah lama.

“Justeru, bila ada kelapangan, saya memang beri keutamaan pada projek teater Kak Erma,” kata pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, 24, kepada Harian Metro.

Namun, katanya, dia belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Erma menerusi projek drama terbarunya pula selepas projek teater terbabit.

“Sebenarnya, Kak Erma sudah tawarkan untuk saya berlakon dalam projek drama barunya itu hampir setahun.

“Namun, saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dan mahu tutup mulut semua orang.

“Justeru, saya serahkan pada pengurusan untuk mengatur jadual kerja dan kalau boleh tidak mahu berlakon berulang kali dengan produksi sama,” katanya.

Ditanya sama ada dia menerima tawaran Erma kerana bayaran lumayan, kata Janna, harga yang ditawarkan pengarah itu sangat berpatutan.

“Harga yang ditawarkan kak Erma sangat sesuai dengan komitmen. Walaupun berlakon dalam teater ini mencabar ia juga berbaloi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 4:43 PM