BELLA menerima rawatan di hospital selepas doktor memaklumkan terdapat jangkitan bakteria dalam badan. FOTO Ihsan Bella Astillah
BELLA menerima rawatan di hospital selepas doktor memaklumkan terdapat jangkitan bakteria dalam badan. FOTO Ihsan Bella Astillah
Najiy Jefri


PENYANYI Bella Astillah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara sejak kelmarin akibat jangkitan bakteria dalam badan.

Bella ketika dihubungi memberitahu, sudah lebih seminggu dia demam, selesema dan batuk.

"Saya kini sedang menerima rawatan di hospital selepas doktor memaklumkan terdapat jangkitan bakteria dalam badan.

"Akibat demam yang tidak beransur pulih saya kehilangan suara dan sukar untuk bercakap," katanya.

Ditanya adakah dia terlalu penat bekerja sehingga lupa untuk menjaga kesihatan diri, Bella menjelaskan perubahan cuaca ketika ke Melbourne, Australia baru-baru ini membuatkan badannya berasa tidak selesa.

"Saya rasa bukan sebab penat bekerja, tapi mungkin disebabkan perubahan cuaca ketika ke Melbourne baru-baru ini.

"Doakan semoga saya cepat sembuh dan dapat keluar hospital secepat mungkin," katanya.

Bella memberitahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 2, kini dijaga oleh ibu dan adiknya, Didi Astillah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Jun 2019 @ 9:50 PM