NELYDIA bersyukur apabila sekali lagi diberi peluang mengerjakan umrah. FOTO Instagram Nelydia Senrose
NELYDIA bersyukur apabila sekali lagi diberi peluang mengerjakan umrah. FOTO Instagram Nelydia Senrose
Syanty Octavia Amry


BERPELUANG menunaikan ibadat umrah sekali lagi, pelakon Nelydia Senrose, 24, gembira apabila pemergiannya kali ini ditemani suami tercinta, Mohd Hafez Halimi.

Berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, penama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose itu berkata, dia bersyukur apabila sekali lagi diberi peluang mengerjakan umrah tambahan lagi di bulan yang mulia ini.

“Assalamualaikum, Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang mengerjakan umrah di bulan yang mulia ini bersama suami dan kakak.

“Dengan ini saya memohon maaf di atas segala kesilapan diri pada yang mengenali secara dekat mahupun tidak.

“Doakan segala urusan dipermudahkan dan saya akan doakan kalian juga di sana insya-Allah,” tulisnya.

Nelydia berkongsi perkara itu sementara menanti penerbangannya pada hari ini.

Dalam pada itu, Nelydia yang pernah menunaikan umrah pada hujung tahun lalu turut berkongsi satu doanya ketika itu adalah hasrat untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

Terdahulu, Nelydia selamat melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Hafez pada 6 April lalu di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2019 @ 3:18 PM