ISMAIL nasihat Emma jauhi jantan buka aib. (Gambar kecil) Status Facebook Ismail. FOTO Instagram Emma Maembong dan Facebook Ismail Embong
ISMAIL nasihat Emma jauhi jantan buka aib. (Gambar kecil) Status Facebook Ismail. FOTO Instagram Emma Maembong dan Facebook Ismail Embong
Najiy Jefri


BAPA kepada pelakon Emma Maembong iaitu Ismail Embong memuat naik status di Facebook yang menggambarkan situasi dilalui anaknya ketika ini.

Menerusi status dimuat naik, Ismail menasihati golongan wanita supaya menjauhi lelaki yang cuba membuka aib mereka.

"Duhai perempuan, wajib jauhi jantan yang buka aib mu. Dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga," tulisnya.

Status dimuat naik Ismail mendapat pelbagai maklum balas yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan itu dan mendapat lebih 70 komen serta lebih 80 perkongsian.

Sementara itu, beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepada Emma selepas dikecam teruk netizen.

Antaranya pelakon Aprena Manrose yang tetap akan bersama Emma.

"Apapun keputusan yang dibuat, saya akan tetap bersama awak," tulisnya di Instagram Story.

Pelakon Aeril Zafrel pula meninggalkan komen di satu gambar Emma memohon peminat supaya mendoakan yang terbaik kepada pelakon itu.

"Doakan yang baik-baik semua," tulisnya ringkas.

Bagi pelakon Daler Yusof, dia meminta netizen supaya tidak memaki hamun Emma.

"Kita doa yang baik-baik. Berikan dia nasihat dan tak perlu nak maki yang bukan-bukan. Kalau nak tegur pun tegur cara Nabi dengan cara baik," tulisnya.

Berita berkaitan

• 'Ini kehendak saya' [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 3:54 PM