BAND Prime Domestic terdiri daripada penyanyi utama, Aweera (tengah), pemain drum, Ainoll (dari Kiri), gitaris, Hillary Ang, pemain bass, Gee & gitaris, Joe Wings.
BAND Prime Domestic terdiri daripada penyanyi utama, Aweera (tengah), pemain drum, Ainoll (dari Kiri), gitaris, Hillary Ang, pemain bass, Gee & gitaris, Joe Wings.
Ridzuan Abdul Rahman


“AKU dah tak ambil tahu mengenai band itu. Aku dah lupa benda ini dan tak payah nak angkat-angkat lagi,”.

Demikian kata pemain gitar terkenal, Hillary Ang mengenai krisisnya dengan Joe, pengasas dan pemain gitar kumpulan Prime Domestic.

Hillary yang ditemui pada sidang media Showcase Datuk Awie & Dragon Malaya di @House G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin dilihat kurang selesa apabila terus diajukan persoalan berkenaan isunya dengan Joe dan mengambil pendekatan mengelak menjawab pertanyaan media.

Hillary bersama penyanyi, Aweera dan pemain bass, Fauzi meninggalkan Prime Domestic yang kini dikenali sebagai PrimeD sejak Julai lalu.

Fauzi yang turut hadir di majlis itu pula terus meninggalkan majlis sebaik sidang media berakhir.

Pengurus mereka, Noh Alonso mendakwa, Hillary ‘tikam belakang’ dengan memburukkan nama Joe kepada pihak luar dan ia amat mengecewakan mereka.

Joe pula meluahkan perasaan kesal kerana terpaksa masuk campur menyelesaikan hal peribadi Hillary, Aweera dan Fauzi serta tidak mahu menjadi ‘emak burung’ yang sentiasa menyuapkan makan kepada anaknya.

Hillary yang pernah bersama Search dan Fauzi kini bergabung di bawah Hillary Ang Project yang turut dianggotai Kudin Headwind (keyboard), Elji (penyanyi) dan Pae (drum).

Mereka bakal menjayakan persembahan bersama Datuk Awie & Dragon Malaya yang berlangsung di House G Tower pada 28 Oktober depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 7:34 AM