Hael bersama anaknya, Nur Helena Hael. FOTO Amirudin Sahib
Hael bersama anaknya, Nur Helena Hael. FOTO Amirudin Sahib
Sudirman Mohd Tahir


PENYANYI popular Hael Husaini mengakui terbuka untuk menerima seorang lagi angkat jika ada rezeki.

Hael, 31 atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata sebelum ini ada pihak menawarkan bayi namun perkara itu tergantung begitu sahaja.

"Kalau ada rezeki saya terima dan tidak pernah menolak. Selepas ambil anak angkat pertama, Nur Helena ada pihak ingin menyerahkan bayi mereka kepada saya.

"Namun, perkara itu senyap begitu sahaja. Jadi, saya anggap belum ada rezeki.

"Andai ada selepas ini, saya tidak kisah anak lelaki atau perempuan. Apa yang penting bagi saya adalah kasih sayang. Malah, saya ingin berkongsi rezeki dengan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sejauh mana kesediaan Hael berkongsi status sebenar Helena apabila anaknya itu besar kelak, Hael berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

"Apa yang penting Helena tahu saya sangat menyayanginya. Helena sudah jadi sebahagian daripada hidup saya.

"Bagi saya, status anak angkat sekadar gelaran dan ia tidak perlu jadi isu. Dia segala-galanya buat saya,” katanya.

Hael menerima Nur Helena daripada sebuah keluarga pada Mei tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Ogos 2018 @ 6:19 PM