Raja Azmi sifatkan filem Enjin No 9 sangat istimewa. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Raja Azmi sifatkan filem Enjin No 9 sangat istimewa. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Amirul Haswendy Ashari


"KAK Mi rasa macam dapat 'baby'," kata penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang kini bergelar pengarah melalui filem pertamanya, Enjin No 9.

Katanya, perasaan gembira itu sama seperti dialami oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikurniakan anak selepas 11 tahun menantikan zuriat sendiri.

"Ketika menjalani penggambaran setiap hari saya berasa gementar seperti perasaan sedang hamil menantikan bayi sulung yang ditunggu sekian lama.

"Kini 'baby' saya lahir untuk tatapan semua. Saya rasa macam Datuk Siti pula," katanya gembira.

Raja Azmi menyifatkan filem pertama arahannya itu sangat istimewa dan lega kerana ia bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.

Raja Azmi ditemui pada tayangan perdana Enjin No 9 di Mid Valley, Kuala Lumpur, baru baru ini.

Enjin No 9 bakal ditayangkan bermula 29 Mac ini menampilkan barisan pelakon seperti Tajul Arif, Ayunie Haris, Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Bila AF, Dottie, Qazem Nor dan Hafiz Bahari.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Mac 2018 @ 3:56 PM