Nabil meraikan sambutan ulangtahun ke-10 bersama peminatnya. FOTO ROSE RAMLAH ZAINAL
Nabil meraikan sambutan ulangtahun ke-10 bersama peminatnya. FOTO ROSE RAMLAH ZAINAL
Ramlah Zainal


SEMPENA 10 tahun pembabitannya dalam bidang seni tanah air, pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 35, merancang untuk membawa peminatnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Ramadan tahun ini.

Menurut pengacara Meletop itu, dia juga mahu berkongsi rezeki dengan peminat setia yang tidak pernah jemu menyokongnya selama ini.

“Ini adalah hadiah istimewa untuk mereka (peminat setia) kerana tanpa mereka, saya tidak akan berada pada tahap sekarang.

“Jika sebelum ini, saya ke Tanah Suci Makkah dibawa penganjur dan kali ini, saya mahu bawa peminat pula.

“Jika diizinkan Allah SWT, saya mahu berpuasa dan mengerjakan umrah bersama peminat di Tanah Suci Makkah kerana ia juga memenuhi impian ramai orang,” katanya.

Nabil ditemui pada majlis meraikan ulang tahun ke-10 pembabitan dalam industri seni di sebuah hotel di ibu kota, hari ini.

Mengulas mengenai umrah, kata Nabil, program My Umrah Story itu dikendalikan oleh syarikat pengurusannya, Urban Platinum Resources.

“Tawaran dibuka hari ini dan nama peminat terpilih mengerjakan umrah ini akan diumum pada majlis ulang tahun ke-10 saya dalam bidang seni pada 24 Mac ini,” katanya.

Mereka berminat boleh menghubungi talian hotline 019 371 6252 dan melayari laman Facebook,myumragstory, instagram @myumrahstory.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Mac 2018 @ 2:58 PM