Keadaan Haziq terlantar di hospital. FOTO AZIAH AZMEE/NORHASLINDA ISHAK
Keadaan Haziq terlantar di hospital. FOTO AZIAH AZMEE/NORHASLINDA ISHAK
Georgie Joseph


KEADAAN vokalis Putera Band, Haziq dilaporkan masih lemah dan mengalami kesukaran bernafas selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam akibat kemalangan jalan raya.

Menurut ibunya Linda, anaknya sudah sedarkan diri dan boleh bercakap namun keadaannya sedikit lemah disebabkan masih belum boleh makan.

“Dia boleh minum tetapi tidak boleh makan ketika ini disebabkan terdapat jahitan pada bahagian bibirnya.

“Syukur tiada kecederaan serius pada bahagian kepalanya namun masih perlukan pemantuan berterusan.

“Tidak pasti berapa lama lagi dia akan ditahan di wad. Kami perlu menunggu dua atau tiga hari lagi baru dapat tahu bagaimana keputusan lanjut,” kata Linda.

Semalam, Haziq, 18, terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang di parkir di bahu jalan.

Disebabkan itu, penyanyi terbabit mengalami patah tulang rusuk dan paru-paru bocor sehingga mengakibatkan sesak nafas.

Menurut laporan, doktor memberitahu terdapat darah beku pada bahagian kepala yang berkemungkinan akan dibedah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Mac 2018 @ 3:16 PM