Fimie masih terima tawaran. FOTO IG FIMIE
Fimie masih terima tawaran. FOTO IG FIMIE
Georgie Joseph


PELAKON Fimie Don menafikan status terbarunya di Instagram adalah luahan kekecewaan dirinya sudah tidak laku dalam bidang lakonan sekarang.

Fimie, 20, sebaliknya mengatakan status itu adalah sebagai motivasi untuk dirinya agar tidak berputus-asa meneruskan kerjaya seni yang dibina sejak berusia lima tahun.

“€œSaya akui kerjaya lakonan kebelakangan ini agak perlahan. Ramai mengandaikan saya senyap dan tidak berlakon lagi padahal hakikatnya masih menerima tawaran.

“€œRamai pelakon senior seperti Sharifah Amani memberikan kata semangat kepada saya agar teruskan perjuangan. Mereka menghargai pengalaman yang saya ada sekali gus memberikan saya motivasi.

“€œPengalaman itulah yang lebih berharga untuk dibanggakan sekarang berbanding ada wang atau tiada. Tapi saya tidak menujukan pun status itu kepada siapa-siapa,” katanya.

Fimie bagaimanapun mengakui cabaran kembali berlakon apabila sudah dewasa jelas berbeza.

“€œKepercayaan yang diberikan kepada saya tidak lagi seperti dulu. Saya pun pernah kena tolak sewaktu datang ke uji bakat.

“€œMeskipun sudah ada nama, saya tetap pergi uji bakat disebabkan produksi semestinya mahu melihat bagaimana diri saya sekarang. Tidak dinafikan ada juga yang berpandangan sinis apabila melihat saya datang uji bakat,”€ katanya.

Fimie adalah antara pelakon kanak-kanak yang cukup popular suatu ketika dulu. Antara drama popular lakonannya adalah Hikayat Putera Shazlan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 8:33 PM