Faizal dapat semangat baru untuk terus tulis lagu demi kecintaan kepada negara. FOTO Amirudin Sahib
Faizal dapat semangat baru untuk terus tulis lagu demi kecintaan kepada negara. FOTO Amirudin Sahib
Ramlah Zainal


PENYANYI dan komposer terkenal, Faizal Tahir mengakui dia sangat bangga apabila lagu dendangannya, Negaraku mendapat perhatian dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman Twitternya hari ini.

Lagu Negaraku adalah kolaborasi Faizal bersama bersama artis rap terkenal, Joe Flizzow, SonaOne dan Altimet.

“Alhamdulillah, tweet dari Perdana Menteri sangat menceriakan hari saya.

“Saya berasa sangat teruja membuatkan saya berasa seperti kanak-kanak,” katanya.

Faizal ditemui pada majlis minum petang sempena Faith For Rohingya yang berlangsung di Taman Tun Dr Ismail di sini petang tadi.

Menurut Faizal,39, lagu Negaraku juga menyuntik semangat padanya untuk terus berkarya.

“Ia juga semangat untuk menghasilkan lagu untuk menunjukkan kecintaan pada negara selepas ini,”katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 6:25 PM