Dari kiri, Coach Fadzil bersama Mila dan Pengarah Eksekutif Bizmilla, Ailis Mustapha.
Dari kiri, Coach Fadzil bersama Mila dan Pengarah Eksekutif Bizmilla, Ailis Mustapha.

Kuala Lumpur: Bizmilla, syarikat milik artis dan usahawan, Mila Jirin menjalinkan kerjasama strategik dengan Malakat Eco Mall melalui Kempen RM5 Juta Tunai Percuma bermula 31 Julai ini.

Mila yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Bizmilla berkata, kolaborasi murni berkenaan diharap dapat dimanfaatkan lebih 100,000 keluarga termasuk yang bergelut di era pandemik Covid-19.

"Kolaborasi ini membolehkan sebanyak RM5 juta diperuntukkan dalam bentuk 'Cash Back' atau pulangan tunai kepada semua pelanggan yang membeli kredit tambah nilai untuk membeli barangan harian secara fizikal di kesemua lokasi Malakat Grocer di Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka.

"Ia dilancarkan pada 31 Julai ini menerusi laman sesawang www.bizmillagrocer.com bermula jam 10 pagi.

"Kesemua pelanggan yang membeli kredit beli belah akan mendapat 10 peratus tambahan tunai untuk berbelanja bila bila masa menggunakan E - Wallet di Malakat Eco App," katanya.

Mila dan suami, Ailis dan anak mereka.
Mila dan suami, Ailis dan anak mereka.

Tambah Mila, kesemua pelanggan yang mendaftar sebagai VIP Members dari 31 Julai hingga 2 Ogos ini di www.bizmillagrocer.com akan diberikan hadiah percuma baucar tunai berjumlah keseluruhan RM300.

"Baucar tunai itu dapat digunakan di Malakat Eco Mall Cyberjaya. Malah VIP Members akan mendapat empat ekor ayam segar bernilai RM68 yang akan diberikan secara berperingkat setiap minggu apabila pelanggan membeli belah di Malakat Grocer.

"Lima individu terawal yang mendaftar juga berpeluang memenangi hadiah istimewa termasuk baucer makan malam dan hadiah misteri lain," kata Mila.

Katanya, besar harapan pihaknya supaya kempen berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak khususnya yang terkesan saat ini.

Sementara itu, pemilik dan pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim atau lebih dikenali dengan nama Coach Fadzil, sangat teruja dengan kempen dianjurkan yang dijangka akan memanfaatkan lebih 100,000 keluarga.

Katanya, pelanggan yang mendaftar akan diberikan tambahan 10 peratus daripada nilai wang dibelanjakan.

Bizmilla juga sedang dalam fasa akhir menyiapkan Bizmilla Grocer dan akan dilancarkan Ogos depan iaitu pasar raya atas talian.

Selain di Cyberjaya, cawangan pasar raya ini juga terdapat di Taman Putra Perdana Puchong, Taman Kosas Kuala Lumpur, Pandan Mewah Kuala Lumpur, Kota Warisan Sepang, Alam Damai Cheras, Green Wood Gombak dan Masjid Tanah Melaka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 12:13 PM